CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 15, 2010

Boleh tak saya nak tegur?

Baiklah.
Saya nak membebel sikit.
Kenapa manusia suka melihat kelemahan & keburukan orang lain?
Dan tidak mahu sedar dgn kelemahan diri sendiri?
Dan yang paling buruk perangai, bila orang menasihati dan rasa terpukul sikit, terus menghentam penasihat dgn dosa-dosanya yang zahir.
Kenapa mesti begitu?
Perlu ke kalau..
Ada menegur tentang kerja atau assignment anda yang tak lengkap
Anda tidak dapat terima teguran
Hati terasa sakit kerana tamparan teguran
Counter attack/feedback mechanism: Anda hentam kembali dengan hujah2- sesungguhnya sang penasihat juga tak sempurna. Mendedahkan aurat & dibenci ramai
Anda rasa lapang sbb dapat attack balik

Persoalannya:
Apakah natijah & kebaikan daripada counter attack tadi?
Adakah anda mengharapkan si penasihat ini akan berubah menutup aurat & disukai ramai
Atau
Sebenarnya ada perasaan hasad dengki di situ?

Contoh lain..

Ada menegur tentang status FB anda yg controversial
Anda geram – terjadi salah faham
Defense mechanism: Anda putar belitkan fakta yang jelas & memutarkan kesalahan kepada si penasihat
Modal: Si penasihat tidak sempurna; tidak menutup aurat & peribadi tidak elok

Persoalannya:
Apakah niat anda bila membuka aib seseorang yang sesungguhnya sedang menasihati anda?
Perlukah defense mechanism itu berlaku sebenarnya?
Tidak bolehkan anda menjernihkan keadaan dengan tidak mengaibkan si penasihat itu?
Kalau anda begitu sempurna mengapa tidak terima sahaja teguran yang membina?
Atau menjelaskan sebaik-baiknya.
Adakah kerana dosa-dosa zahir si penasihat ini menyebabkan mereka tidak boleh MENEGUR?
Hinakah kami?
Hanya kerana dosa yang zahir kami tidak layak untuk menegur & menasihati?
Kami menegur kerana kami PEDULI
Ya.
Kami memang tidak sempurna. Sampai kiamat juga tidak akan pernah.
Tapi kami cuba untuk melakukan yang terbaik.
Kami cuba & jangan ingat kami tidak berfikir.
Tetapi.
Kami tidak cuba menegakkan benang yang basah.
Membenarkan yang salah
Menghentam manusia & menghina sekeras2nya dan di akhir kata memohon maaf 
jika tersilap bicara


Mungkin nasihat yang kami berikan merupakan JALAN untuk kami menjadi lebih baik
Adakah anda cuba menghalang JALAN kami?
Saidina Ali R.A mengatakan:
“Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan.”

Secara zahirnya mungkin anda terlihat lebih baik daripada kami
Tetapi ingat..
Tiada yang sempurna

“Barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebenaran maka terimalah kebenaran itu darinya, meskipun ia adalah orang yang jauh dan dibenci. Dan barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebathilan maka tolaklah, meskipun ia adalah orang yang dicintai dan dekat.”

Ingat juga
Manusia yang berdosa mungkin juga akan menjadi manusia yang lebih baik pada hari mendatang
Manusia yang soleh mungkin juga akan menjadi manusia yang berdosa di hari kemudian

Niat si penasihat menegur ikhlas
Jangan sampai perbuatan anda yang suka ‘menang’ & ego tinggi itu menyebabkan lebih ramai kami-kami yang tidak sempurna & mereka-mereka yang lebih ‘daring’ dan berani menzahirkan dosa..
menjauhi orang2 ‘soleh’ seperti anda & menjauhi agama Allah
kerana takut diherdik & dihina & diaibkan

Bukankah kita semua adalah da'ie?
Mengapa perlu persoalkan dosa kami?
Maaf juga kalau sebelum ini kami juga bersikap lantang bila ada yang menegur
Defense mechanism mungkin ada pada semua orang tapi janganlah berlebih2
Doakan kami menjadi manusia yang kurang berdosa

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara"


*Memang ditujukan kepada para peng'aib' & bakal2 peng'aib'
Akan tetapi harap post ini dapat dimanfaatkan oleh semua & si penulis juga
Jangan menuding jari kepada sesiapa 
Let's fix the damage!


Salam Ramadhan

8 comments:

  1. sheqa, yang tu bukan pepatah..tapi kata2 dari saidina Ali R.A...
    Peringatan yg baik, thanks..

    p/s : jgn lupa dtg raya rumah!

    ReplyDelete
  2. hehe. a ah. ingat dulu ade kat white board kt musolla asrama sastera. tkde org padam.

    ReplyDelete
  3. so truee!! nak tegur kena la berhikmah! huhu. *tak pernah lagi jumpa orang yg betul2 wise bila menegur.slalu kite je kena hentam :/ hmmm~

    -fanie.

    ReplyDelete
  4. yop! mantap nyer post! hahahaha sebenarnya ego tu terlalu tinggi...sampai tak larat nak daki.. lagi2 kalau ada gelaran Ustaz Ustazah ( hehehehe sowi )..
    Ustaz Ustazah jangan marah ma...

    ReplyDelete
  5. ohh cop nak cakap awal2. comment sebelum nii tak ada kena mngena dgn anything happens(jika ada) sekarang. tuu adalah pengalaman masa lalu. zaman2 remaja suatu ketika dahulu.-_- heheh. peace,love.

    -fanie

    ReplyDelete
  6. Budin: kau tu bukan ustaz ke?? haha. da bole buat buku skrg ye? tahniah la..!

    fanie: hehe. sebelum controversy baik ckp awal2 ek.. hehe

    ReplyDelete
  7. kan bgos kalo org yg tegur tu menegur mcm ko...sejuk skit aku nk dgo kate..hik hik..
    anyway,,cre budin menegur pon bgs....huuuu

    ReplyDelete
  8. peeeeeeehhh..mantop ah cekah..pasni xleh la nk tego ko dah...huhuhu..

    ReplyDelete

Your comment will make my day!!