CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 6, 2009

Solat.. Bukan Susah Sgt Pun..


“Islam itu dibangunkan atas lima perkara, syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, dan bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan haji ke Baitullah” - Riwayat Bukhori



Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..
Dzuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya.
Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..
Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya
Isya': Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Sesungguhnya perkara pertama sekali dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat daripada amalannya ialah Solatnya, jika solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia dan beruntung dan jika sekiranya amal solatnya itu rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.” - Hadis Riwayat Tirmidzi

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Perjanjian di antara kita (orang Islam) dengan mereka (orang kafir) ialah Solat, dan barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi kafir” - Riwayat Tirmidzi

(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya. Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.” - Surah Al-Qolam 35 - 43

1 comment:

Your comment will make my day!!