CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 16, 2010

Happy Birthday Abah!

Hari ni 16 Jun. Birthday Abah saya.
Maka, seperti biasa, saya tulis blog untuk birthday2 orang saja nak kasi touching.
Pun begitu, saya berharap abah saya tak payah la baca post ni. Mcm tak perlu je.
Abah..
Abah suka bakar sampah. Dan nampaknya, beliau seperti enjoy duduk sebelah asap dan memerhatikan sampah dibakar. 'Abah kena jaga paru2. Lagi satu, asap pun boleh buat cataract jugak'.
Iqah dah cakap, 'Abah ni buat pencemaran la. Tak bagus tau.'
Tapi Abah cakap, 'Takpelah, buat pencemaran sikit untuk hapuskan pencemaran yg lebih byk (sampah)'
Haisshhhhhhhhhh..
Abah ni suka nak menang je kalau bebual. Pasal belerang pun boleh buat debat dgn mak.
Abah juga orangnya menjaga kesihatan dari segi pemakanan.
Abah tak suka makan kicap sbb byk ajinomoto, abah tak mkn sate, sbb byk lemak.
Abah suka beli makanan mcm orang putih. Makan bijirin2 sehat, yoghurt, kismis, susu.
Abah juga tidak suka minum ais sbb ais tak bagus. Apatah lagi air gas berkarbonat. Tidak ada dalam kamus makanan Abah.
Abah cakap, 'Cakap kat Shuhadah jangan minum coke. Tak bagus tu'.
Abah cakap, 'Air yoghurt ni air paling sedap kat dunia'. Tapi air yoghurt tu yahudi la abah.
Abah panggil Kak Iti 'Shuhadah' tapi bunyi mcm 'Suadah'
Abah panggil Kak Mia 'Miha' tapi bunyi mcm 'Mehah'
Abah kalau ketawa ada bunyi angin keluar dr mulut. Mcm bunyi kucing Salem cite Sabrina the Teenage Witch tu ketawa.
Abah menentang bida'ah. Dulu2 macam pelik je apa yg abah buat. Tapi sekarang, yg pelik itulah kebenarannya.
Abah juga nampaknya suka kucing. Bagi makan kucing. Bebual dgn kucing. Marah kucing yg jahat.
Kucing2 juga nampaknya suka Abah. Kecuali kucing yang jahat.
Abah tak berapa suka ambik gambar muka sendiri.
Abah ckp, 'Hari2 dah tengok muka sendiri, kenapa nak ambik gambar lagi'..
OK Abah. Semoga panjang umur, murah rezeki, menjadi lebih baik. Go Abah Go!
Semoga kerja2 pembinaan abah di rumah berjalan lancar.
Sweet 55. Abah bagitau tadi kat tepon, abah pakai baju Yankees 55. Haha.
Abah.. Abah..

Abah juga suka binatang2 lain selain kucing

2 comments:

  1. iqah!!! kak iti baru perasan ada post ni.. ya allah! gelak mcm nak mampos tau!!!!!

    ReplyDelete
  2. haha. really? tp betul kan??

    ReplyDelete

Your comment will make my day!!